Ahad, 18 September 2011


HUTANG






Hari Rabu baru-baru ni sibuk belek katalog...dah lama  tak membeli secara katalog ni...niat hati nak buat hutanglah dengan Kak T...Lantas, teringat kata-kata seorang ustaz...kalau nak berhutang...letakkan diri kamu di mana. 

1) orang yang berhutang dan patuh kepada membayar hutangnya
2) orang yang berhutang tetapi tidak mampu membayar hutangnya
3) orang yang berhutang tetapi memang berniat tidak mahu membayar hutangnya

Jenis yang pertama tidak perlu dibincangkan tetapi yang ke-2 dan ke-3...mungkin kita tergolong di dalamnya. 

Orang yang berhutang tetapi tidak mampu membayar hutangnya. 
Dari segi hukum Islam, memanglah saya tidak arif...tapi dari segi adab...rasanya bolehlah saya memberi sedikit pendapat. ada antara kita yang tahu dia tidak mampu tetapi masih mahu berhutang. Namun haruslah kita ingat, seseorang yang menanggung hutang akan dituntut di akhirat nanti oleh orang yang memberi hutang. Kalau dah tahu tak mampu membayar hutang, janganlah berhutang....hiduplah dalam keadaan kita yang sebenar...jangan anggap orang akan menghalalkan hutang kita tu apabila kita meninggal kelak. Fikirkan impak terhadap orang yang memberi hutang itu. Kalau sikit tak apalah...tapi kalau dalam amaun yang banyak....siapa nak halalkan...orang lainpun bersusah payah juga cari duit dan harta....tapi kita sedap-sedap meminjam..

Orang yang berhutang tetapi memang berniat tak mahu bayar hutangnya
Sebenarnya inilah golongan yang paling ramai pesertanya. Orang yang tergolong dalam jenis ini mempunyai seribu alasan untuk mengelakkan diri daripada  membayar hutang. Seawal meminjam lagi, manusia seperti ini telah memasang niat di dalam hatinya..."kalau aku mampu, aku bayar...tak mampu aku diam je".
Namun apa yang terjadi, sehingga ke akhirnya hutang tersebut tidak dibayar.
Sabda Rasulullah SAW :
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Bagi golongan ini ada disebutkan dalam hadis Nabi SAW :
 Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Jelas sekali Islam itu indah.....ribuan tahun dahulu, Islam telah tahu tentang penyakit hutang berhutang ini serta mempunyai amaran-amaran tertentu tentangnya. 

Renungkan tentang diri kita...letakkan diri kita dalam golongan yang  mana. Ingatlah sesuatu amaran Allah itu adalah benar dan tetap ada pembalasannya. Untuk mengelakkan diri kita terjebak dalam permasalahan yang berat berkaitan hutang ini...amalkan doa
Maka mulalah terfikir semula...nak buat hutang ke tidak dengan Kak T ni.....boleh kot asalkan aku berniat untuk membayar semula....kena beritahu suami...manalah tahu umur tak panjang...bolehlah suami tolong jelaskan hutang aku tu nanti ...semoga selamat kat 'dunia' sana...
Jadi...RENUG-RENUNGKAN...DAN SELAMAT BERAMAL...


Jumaat, 16 September 2011

Taksub
Erti taksub....fanatik tegar terhadap sesuatu perkara. Setiap individu berbeza taksubnya. ada orang taksub kepada pemimpin...ada orang taksub kepada artis...ada individu taksub kepada agama dan berbagai lagi. Namun yang pastinya impak kepada taksub ini amat hebat.
Renung sejenak, fikirkan dalam-dalam dan teliti dengan halus sekali tentang diri anda....tanya diri sendiri...adakah anada tergolong kepada manusia yang taksubkan sesuatu?
Taksub boleh membawa kepada dua keadaan....baik dan buruk.
Cuba kita teliti taksub dari segi kebaikan dahulu.
Dari segi kebaikan, taksub mendorong seseorang itu  melakukan sesuatu dengan penuh kesungguhan. Tak kira taksub terhadap apa sekalipun, orang yang terlalu taksub sangat yakin dengan perkara yang dilakukan oleh mereka. Dengan kesungguhan itu, mereka sedaya upaya ingin mencapai matlamat atau goal dan bersungguh ke arah itu. Mereka gembira dengan apa yang dilakukan.

Dari segi keburukan???
Rasanya taksub lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Taksub yang keterlaluan membuatkan manusia buta mata dan buta hati...menurut dan melakukan sesuatu secara membabi buta dan adakalanya merugikan diri mereka sendiri. Malah, adakalanya ...golongan yang terlalu taksub ini sanggup berkorban apa saja demi mencapai  atau memenuhi ketaksuban mereka. mereka adakalanya sanggup berhabis harta, tenaga dan masa. Semakin tinggi ketaksuban kita, semakin terserlah kebodohan kita.
Lihat sahaja golongan yang terlalu taksub dengan politik atau ajaran sesuatu agama..
Mereka yang taksub, tidak akan peduli dengan pandangan atau pendapat orang lain...seperti kata seorang 'blogger'...itulah sikap bodoh sombong yang sebenar...
Maka...letakkan diri kita...di manakah kita sebenarnya....yang penting...Allah memberi kita akal...akal itulah yang seharusnya kita gunakan untuk menilai sesuatu. Untuk mendapat petunjuk dalam sesuatu hal...taksublah kepada 'ketentuan Allah". Untuk meletakkan diri kita dalam sesuatu keadaan....gunakan sembahyang istikharah......tak perlu taksub......
RENUNG-RENUNGKAN...DAN SELAMAT BERAMAL...