Ahad, 13 November 2011

APA ADA PADA 11.11.11

Alhamdulillah,

Itu ucapan pertama yang dapat diucapkan kerana telah selamat kembali ke Bentong. 11.11.11 memang hari yang sangat bermakna dalam hidup sebahagian daripada kita. Sebenarnya, jangan memuja nombor kerana tiada apa tuah atau malang di sebalik nombor...sama ada cantik ataupun tidak....
Tapi 11.11.11 ada mencatatkan sejarah dalam kehidupan aku.
Tarikh itu adalah tarikh sambutan ulangtahun suamiku HASNAN BIN ABD LATIFF. Kini sudahpun berusia 49 tahun. Sehari sebelumnya, dia telah kehilangan handphone kesayangannya...justeru itu, sebagai hadiah harijadi....aku belikanlah handphone utknya.....syoklah dia...tapi duitku....shhhh kopak...ha6.....takpe....janji aku dapat gembirakan hatinya....   
Belum sempat dia menikmati kegembiraan berhandphone baru...ketika masih di kedai handphone...panggilan telefon  diterima daripada anak saudaraku mengatakan kakakku ROHANA BT HASSAN yang turut menyambut harijadinya  yang ke 53 pada tarikh 11.11.11 juga telah ditimpa kemalangan....
Jadi....11.11.11 tiada yang istimewa dan tiada yang  malang sebenarnya....yang istimewa ialah apabila kita merasakan kegembiraan pada tarikh tersebut...yang malang apabila kita ditimpa sesuatu kecelakaan pada tarikh itu juga.

Teringat pernah terbaca satu artikel yang menyatakan Allah menjadikan musibah sebagai ujian ke atas hamba-Nya. Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155 bermaksud: "Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar." 

Sebenarnya ujian Allah terjadi dalam pelbagai bentuk...kekayaan, kemiskinan, kesusahan, kematian, kecantikan, keburukan, kecerdikan,,kebodohan, bencana alam dan sebagainya. Namun apa yang penting, segala yang diberikan oleh Allah SWT adalah untuk menguji kita samda ada kita bersabar dengan musibah yang melanda atau alpa dengan kesenangan yang kita miliki.

Sesungguhnya Allah tidak mendatangkan musibah kepada kita jika kita tidak mampu menghadapinya. Allah maha pengasih...Tiada seorang pun daripada kalangan orang Islam yang ditimpa musibah, lalu dia melafazkan apa yang diperintahkan oleh Allah (iaitu firman Allah ayat 156, surah al-Baqarah yang bermaksud) "Sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya! Allah berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik." 

Orang yang  sentiasa sabar dan tabah dengan ujian dan dugaan Allah  akan diberikan perlindungan...
Dan untuk kakakku ROHANA BT HASSAN ,Mudah-mudahan hasil daripada kesabaran dan ketabahan,Allah akan memberikan ganjaran pahala dan digantikan harta benda yang rosak dengan harta yang lebih baik...InsyaAllah...



Khamis, 3 November 2011


( APA PSIKOPAT? )CIRI-CIRI PSIKOPAT



PSIKOPAT??? Sebelum membincangkan apa itu PSIKOPAT, cuba teliti ciri-ciri yang terdapat pada seseorang psikopat. Teliti dan kaji, kerana mungkin beberapa ciri  yang dinyatakan nanti ada pada orang yang terdekat dengan kita atau mungkin ada pada diri kita sendiri.

Robert D. Hare, seorang professor di Kanada memperincikan ciri-ciri / karakter seorang psikopat. Antaranya :
            Glibness – melakukan tindakan tanpa berfikir panjang
            Grandiosity- Terlalu obsess atau taksub kepada sesuatu
Lack of guilt – Tidak pernah punya rasa kesal / sering berbohong dan berpura-pura (pintar berlakon)
Egosentris – Menganggap dirinya hebat
Shallow emotion – emosi yang dangkal/ mudah marah atau baran
Impulsiveness – Impulsif, bertindak berdasarkan gangguan, bukan fikiran
Lack of responsibility – tidak bertanggungjawab
Antisocial behavior – perilaku antisocial, orang lain seolah-olah ada masalah, hanya dirinya yang betul
           

Doktor John Clarke doctor psikologi di Australia pula pernah menulis sebuah buku bertajuk “ THE POCKET PSYCHO”   menyatakan bahawa penghidap PSIKOPAT  ini ada di mana-mana sahaja. Para PSIKOPAT  akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kekuasaan, status dan sebagainya. Mereka berusaha keras demi diri mereka sendiri. Boleh menghancurkan orang lain secara psikologi…

Antara ciri gangguan peribadi psikopat :
  1. Menampilkan sikap yang menarik, cenderung dibuat-buat (pandai berlakon) dan ini membuatkan orang  mudah mempercayainya, dan dengan kepercayaan orang itulah mereka menghancurkan  secara psikologi…
  2. Beranggapan dirinya yang paling penting dan harus diistimewakan- semuanya berpusat kepada dirinya, seolah-olah dialah yang paling penting dan betul.
  3. Memperlihatkan perlakuan yang impulsive –meledak-ledak dalam mengendalikan emosi, tidak dapat mengawal emosi secara terurus, marah-marah tidak menentu dan tidak dapat mengawalnya.
  4. Sering berbohong, menipu dan mengkhianati
  5. Kurang mampu merasai perasaan orang lain-ala2 biadap…
  6. Cenderung menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku pada dirinya….

Bagaimana??? Ada ciri-ciri itu pada anda atau orang yang terdekat  dengan anda???
Ok…baca lagi…



Gejala-gejala PSIKOPAT

Antara gejala-gejala yang ditunjukkan  oleh psikopat


1.                  Sering berbohong, fasih dan dangkal- PSIKOPAT sangat bijak berkata-kata, pintar dalam bicara, tampil dengan pengetahuan yang luas, menggunakan bahasa yang lembut tapi sebenarnya penuh kepura-puraan, pandai bersastera.
2.                  Egosentris – menganggap dirinya yang paling hebat
3.                  Tidak punya rasa sesal dan rasa bersalah- kadangkala tahu bersalah tetapi tidak peduli.
4.                  Senang melakukan pelanggaran- senang bila dapat menyakiti hati orang lain
5.                  Mudah terbit rasa marah, tidak menimbangkan baik atau buruknya  atas apa yang dicakap atau dibuat ketika marah, hal-hal yang kecil boleh menimbulkan marah yang amat sangat, cepat menunjukkan kekecewaan walaupun pada hal2 kecil, mudah menyerang orang lain hanya kerana hal2 yang remeh
6.                  Melakukan hal-hal  demi kesenangan sahaja
7.                  Manipulatif – menunjukkan emosi dramatis ( pandai berdrama ) tetapi sebenarnya tidak bersungguh-sungguh (Cth: konon simpati dgn kesusahan org lain tetapi sebenarnya tak ada apa2 perasaanpun)
8.                  Hidup sebagai parasit – memanfaatkan orang lain untuk kesenangan dan kepuasan dirinya.

Sebenarnya PSIKOPAT secara harfiahnya adalah sejenis penyakit jiwa. PSHYE bererti jiwa, PATHOS ertinya penyakit. Penghidap psikopat dikenali sebagai sosiopat kerana tingkahlaku penghidapnya yang antisocial dan merugikan orang yang ada disekitarnya.

Namun, psikopat bukanlah gila kerana seorang psikopat sedar akan apa perbuatannya berbeza dengan orang gila yang membuat sesuatu tanpa pertimbangan. Namun ianya adalah sejenis gangguan mental. Psikopat harus ditangani dengan berhati-hati kerana psikopat boleh memutar belit fakta, menebar fitnah, pandai berbohong untuk mendapatkan perhatian dan kepuasan serta keuntungan dirinya. Ini terjadi kerana psikopat sebenarnya boleh terdirI daripada golongan insan yang terpelajar, bijak, berketrampilan, mempunyai cara yang menarik perhatian dan tutur katanya amat menyenangkan…pandai berfalsafah…

Percaya atau tidak?  1% daripada populasi manusia di bumi ini adalah penghidap PSIKOPAT…….

Nah….renung-renungkan dan perhatikan orang di sekeliling anda…sama ada di tempat kerja, dalam kalangan sahabat, saudara mara ataupun orang yang kita sayangi.
Yang penting untuk pengetahuan anda, psikopat ini boleh diubati . Cara yang paling berkesan ialah kaunseling. Namun yang menjadi masalahnya ialah amat mustahil memberi kaunseling kepada PSIKOPAT kerana seorang psikopat tidak merasa dirinya ada masalah. Apa yang boleh dilakukan ialah memberi kaunseling kepada orang yang pernah menjadi mangsa psikopat kerana mangsa menjadi lebih tertekan dengan sikap dan peribadi bercelaru yang terdapat pada seseorang psikopat. Nak lebih mudah…..JANGAN DEKAT DENGAN SESEORANG YANG ANDA RASAKAN PSIKOPAT….

Wallahualam….