Jumaat, 20 Mei 2011

AKU BANGGA JADI CIKGU

Dua puluh tahun menjadi cikgu!!! Kata seorang kawanku (YAHAYA SALLEH), jangan sekali2 mengatakan sudah 21 tahun menjadi guru...tapi katakan baru 21 tahun menjadi guru...
Kenapa??? Itulah istimewanya seorang guru bahasa....jika kita mengatakan SUDAH... bererti kita sudah bosan...tapi jika kita mengatakan BARU, itu bermaksud...kita sangat2 menghargai bidang ini. Terima kasih ENCIK YAHAYA kerana awak telah mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang menghargai bidang perguruan ini.
21 tahun menjadi guru.....8 tahun sebagai guru pemulihan...dan kini kembali ke arus perdana. Aku seperti merasakan kehilangan...bukan bermaksud aku ingin kembali jadi guru pemulihan..(nnt orang kata aku gila talak pulak) tapi...aku  terasa sunyi tanpa anak2 comot yang tak tahu membaca....anak2 naif yang yang memerlukan perhatian daripada seseorang untuk memahami tentang ketidakmampuan mereka...melihat mata mereka yang terkebil-kebil ketika dimarahi olehku tika gagal mencantumkan suku kata...semuanya menjadi kenangan amat2 indah dalam kerjayaku...memang aku rindukan mereka.
Syukurlah aku diletakkan sebagai guru 2 Salam....kelas yang hampir2 sama dengan kelas pemulihan. Rinduku sedikit terubat..
Dan hari ini, setelah 21 menjadi guru...sesuatu yang amat menyentuh perasaanku sebagai seorang guru apabila salah seorang muridku yang termasuk dalam golongan murid yang sukar untuk membaca  telah mengungkapkan ucapan terima kasihnya sambil merenung mata aku dengan sayu. Ucapannya " Terima kasih cikgu kerana ajar saya sampai saya boleh baca".
Afiq memang tidak boleh membaca sebelum ini. Justeru itu, aku sentiasa mencuri2 masa untuk mengajarnya secara individu. Alhamdulillah...walaupun belum boleh membaca dengan lancar, Afiq kini sudah boleh membaca suku kata mudah...sememangnya dia sendiri adalah murid yang rajin...
Afiq...kamu telah mengajar sesuatu kepada cikgu hari ini. Kamu telah menyentuh naluri keibuan cikgu...kamu juga telah mengajar cikgu bahawa pelajar seperti kamu juga ada sesuatu untuk diluahkan. Menitis air mata cikgu bila mengingatkan ungkapan kamu tadi. Cikgu tidak mengharapkan pingat, sijil pujian daripada kementerian atau piala melambangkan cikgu seorang guru yang baik...cukuplah penghargaan daripada kamu.
Terima kasih sayang kerana menghargai cikgu...
Terima kasih cikgu-cikgu yang telah mengajar aku untuk menjadi seorang cikgu....
dan yang paling penting...terima kasih EN. HASSAN BIN MA'AON dan PN.HAJJAH AZIZAH BT OSMAN kerana telah melahirkan seorang guru...
AKU BANGGA JADI CIKGU.......  : )

Khamis, 5 Mei 2011

Panduan Islam untuk kekal cantik

Saya terbaca tentang panduan dan doa untuk kekal cantik ni beberapa hari yng lalu..jadi, x sempat nak mencuba.Mungkin lepas ni boleh cuba kot...yelah...mana tahu, lepas ni korang semua jumpa saya nnt dah cantik jelita...ha3...takdelah...sebenarnya kecantikan berpunca daripada hati..ada orang berhabis ribuan ringgit tapi tetap xcantik..cucuk sana, cucuk sini, makan macam2 ubat...tak juga cantik2...lebih malang lagi, muka semakin buruk.
Ada pula orang, memang dianugerah oleh Ilahi dengan kecantikan semulajadi..itu ikut rezekilah...
Apa-apapun, ada sedikit tips untuk kita...bukan perempuan sahaja..lelaki pun boleh...amalkan..tapi satu sje nasihat sya untuk korang...setakat amalkan doa...baca ayat2 quran sampai berbuih2 mulut tapi hati xde keikhlasan,sekadar nak cantik je.. sembahyangpun sekejap buat sekejap xbuat...baik korang cari alternatif lain...jumpa tok moh jelah...pakai susuk...lagi cepat cantik.....
Ini tips nye ye....amalkan....renung2kan...dan selamat beramal....(kalau menjadi...korang bagi respon kat saya ye...)


1. Amalkan membaca zikir ni , tiup kat tapak tangan dan sapu ke muka setiap hari.
a)Ya Badiyah, Ya Nur, Ya Hadi -1 kali
b)Ya Allah - 3 kali
2.Setiap hari, selepas subuh amalkan membaca surah al-Waqiah- ayat 35,36,37.dan 38.


Itu tips untuk cantik...tips untuk orang yang selalu pening
* tutup lubang hidung kanan dengan ibu jari, dan tarik nafas dalam2 menggunakan hidung
   kiri, lepas,tarik..lepas, tarik...amalkan setiap hari...insyaAllah,lepas ni x payah beli
   paracetamol lagi dah..
   saya memang amalkan dan Alhamdulillah, saya jarang diserang sakit kepala sekarang. 
   Tapi..kalau korang buat dan xkurang2 juga....belilah panadol active fast..itu tips
   kurangkan sakit kepala yang paling mudah....




Haaa....inilah keputusannya...cantik tak?????



Selasa, 3 Mei 2011

Disleksia

Ramai ibu bapa yang tak faham tentang DISLEKSIA.Pendedahan tentang disleksia sering disiarkan di dada2 akhbar serta banyak sekali di dalam internet. Namun, kegagalan ibu bapa meneroka rahsia disleksia ini menyebabkan mereka marah dan cepat malu apabila pihak sekolah atau pihak2 yang berkaitan memberitahu bahawa anak mereka mempunyai ciri-ciri disleksia.
Jadi, adalah tanggung jawab saya juga untuk menerangkan tentang disleksia ini...Tapi...biasalah...hanya ibu bapa yang peka  atau bahasa orang putihnya 'alert' sahaja yang akan mencari maklumat berkaitan disleksia ini.
Disleksia adalah salah satu masalah pembelajaran. Tapi budak2 disleksia mempunyai potensi untuk lebih berjaya berbanding kanak2 biasa SEKIRANYA diberi peluang serta mendapat  CARA BELAJAR YANG BETUL serta GURU YANG BETUL.
Siapa guru yang betul??? Guru yang betul ialah guru yang mendapat latihan dalam bidang ini. Guru-guru arus perdana di sekolah-sekolah hanya mampu membantu pelajar disleksia belajar tetapi tidak mampu membantu pelajar ini mengembangkan potensi mereka.
Justeru itu wahai ibu bapa YANG SAYANGKAN ANAK....tolonglah...bantulah anak-anak anda  sekiranya dikenalpasti sebagai pelajar disleksia. Jangan malu dengan keadaan anak2 anda...kasihanilah mereka.
Jadi...ini penerangan tentang disleksia...


Apa itu Disleksia? 
• Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.  
• Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun 
mereka telah berusaha bersungguh-sungguh 
o Mempunyai keupayaan intelek yang normal  
o Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi 
• Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol 
visual dengan bunyi       
• Mereka mungkin mengalami kesukaran  
o Membaca  
o Menulis  
o Memahami  
o Mengeja  
o Mengira 
• Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia  
• Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.  
Apakah ciri-ciri Disleksia? 
1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :  
o Lambat bertutur  
o Mengalami kesukaran sebutan atau rima  
o Sukar menulis nama sendiri  
o Payah mengenal bentuk atau warna  
o Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya 
2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :  
o Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau 
mengira  
o Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas  
o Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :  
ƒ 15 dengan 51  
ƒ “was” menjadi “saw”  
ƒ ‘b’ dengan ‘d’‘ 
o Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut  
o Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’  
o Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan  
o Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?  
• Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee 
Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis 
(Albert Einstein)  
• Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai 
sudut / dimensi  
• Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan. 
Masalah yang mungkin dialaminya  
• Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab  
• Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri  
• Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan  
o Gangguan emosi (seperti kemurungan)  
o Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)  
o Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah) 
Membantu anak-anak bermasalah Disleksia  
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :  
1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan 
diri anak  
2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya 
Tumpuan  
3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :  
o Terapi pertuturan  
o Latihan pendengaran dengan bantuan komputer  
o Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu 
pembelajaran) 
1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)  
2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf) 
3. Merasa pergerakan bibir 
4. Menulis huruf atau perkataan 
4. Langkah-langkah pemulihan :  
o Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur  
o Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)  o Gunakan video atau kaset untuk belajar 
5. Program pemulihan khusus :  
o Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia
Insyaallah, berkat prihatin kita, anak-anak kita akan menjadi insan cemerlang.