Sabtu, 27 Ogos 2011

Dapat Duit Raya????

Nak gelak ke nak nangis???? Aduhai.....mengapalah ank2 murid kesayangan aku di kelas 3 Adnin ni buat macam ni....Mula2....aku nak gelak...ada ke patut murid yang bagi duit raya kat aku....lepas tu, bila aku x nak ambil....dia orang kata...'tak pe2 cikgu...kami memang nak bagi cikgu...kami ada duit lagi....' glup.....tersedak air liur aku dibuatnya , di bulan ramadan ni.... alahai anak2 muridku...cikgu pun ada duit....sayang.....
Untuk melayan kerenah dia orang...akupun simpanlah duit tu......
Lepas ni....bagi cikgu kereta pulak ye....


nak tengok duit rayanye....



Khamis, 25 Ogos 2011

Masih adakah lelaki yang bergelar suami seperti itu?

Ramadan tinggal beberapa hari saja lagi akan berakhir. Selama itu jugalah dia tiada sebarang masalah. Tetapi 2-3 hari ni, sakitnya kembali kuat. Hendak berjalanpun rasanya tidak larat. Melihat keadaan itu, si suami mula bertandang kebimbangannya. 'Kenapa abang tengok muka berkerut je?' tanya si suami. 'Sakitlah bang...nak jalan sakit sangat...'. Suami memandang sayu ke arah isteri. 'Mari abang isi minyak..' ujarnya dengan penuh kasih sayang sambil menarik kaki si isteri. Dia memang sayang kepada isteri yang telah dikahwininya selama hampir 22 tahun itu. Setahun selepas mereka berkahwin, isterinya dimasukkan ke wad atas sebab sakit yang tidak dapat dikesan. Semenjak itulah dia merawat isterinya dengan penuh kasih sayang. 
Dia tidak pernah peduli dengan apa kata orang lain. Di mulutnya sering terkeluar perkataan 'abang kahwin dengan awak dalam keadaan sihat. Dalam tangan abang, awak sakit...abang tak akan tinggalkan awak sendirian mengharungi kesakitan ini. Biarpun abang tidak merasa sakitnya...tapi abang tak sanggup biarkan awak derita seorang diri.'
Di tempat kerja, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Si isteri menjawab dengan nada perlahan. Di corong telefon terdengar suara si suami 'ada kurang sakit hari ni???' tanyanya dengan penuh kebimbangan. 'Tak...macam tu juga sakitnya..kenapa abang telefon?'  'Saja nak tanya...abang bimbang...' ujar si suami lagi. 2  jam kemudian sekali lagi si suami menelefon...dan masih bertanyakan soalan yang sama. 
Begitulah seterusnya. Tanpa rasa jemu, si suami melayani isteri yang sakit dengan penuh kasih sayang dan kemesraan. Tidak pernah meninggikan suara walau dalam keadaan apa sekalipun. Setiap kali melihat isterinya kesakitan, pastinya dia yang paling bimbang. 
Sering membelai dan merawat isteri dengan penuh kasih sayang dan dimanjakannya. Pernah satu ketika..ketika si isteri sedang bergelut dengan kesakitan yang amat sangat, dia menangis tersedu-sedu kerana merasakan dirinya gagal membantu isterinya. Setiap malam menadah tangan memohon kepada Ilahi agar disembuhkan penyakit si isteri namun masih redha sekiranya Allah masih belum menerima doanya. Pernah jua terucap di bibirnya agar biarlah dia yang menanggung kesakitan itu...bukan isterinya. Anak-anak yang melihat kasih sayang  ayah terhadap ibu merasa kagum. 
Si isteri tidak menyangka begitu hebat kasih suaminya terhadap dirinya..namun itulah kebenarannya....Ya Allah....memang benar Engkau telah menarik nikmat kesihatan daripadaku...tetapi Engkau telah memberikan aku satu nikmat yang sangat besar ya Allah. Syukur ke hadratMu ya Allah...terima kasih ya Allah kerana telah menganugerahkan aku seorang suami yang sangat baik dan mulia hatinya....Aku syukur atas segala rahmatMu, ya Allah....Janganlah Kau tarik balik nikmat yang telah Kau anugerahkan kepadaku ini ya Allah.
Sambil mengalirkan airmatanya si isteri memandang ke arah suami yang lena dibuai mimpi...namun tangannya masih memegang kaki si isteri demi mengurangkan sakit isteri tercinta...
Benarkah  masih ada suami hebat begitu ???
Kalau bertanya kepada saya.....jawapan saya sangat mudah........YA...MASIH ADA...WALAUPUN TIDAK RAMAI TAPI TENTUNYA MASIH ADA...
Di mana ????   CARILAH SENDIRI...KERANA LELAKI SEPERTI ITU MEMANG ADA....


Rabu, 24 Ogos 2011

NASI TOMATO

Anak sulung kesayanganku gemar sangat makan nasi tomato...malangnya mak dia tak tahu nak masak..Jadi hari ni...aku search internet utk cari resepi nasi tomato...maka dapatlah....insyaAllah..... klu rajin aku buatlah nnt. Tapi dia gemar makan sambal ikan keli....gemar sangat2....Agak2nya kalau makan nasi tomato dengan  sambal ikan keli ok tak???? Ha3....kita cuba nnt ye....
Key...kat bawah ni ada resepi nasi tomato...nnt mak buekkan utk kau yo....ikan koli kau goma tak??? buek sambal ikan koli makan dongan nasi tomato yoooo....


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

Rabu, 10 Ogos 2011

Biskut Keju

Semalam puteri comelku  minta biskut keju...mana dia dapat idea tak tahulah...mungkin borak-borak dengan kawan sekelas....balik rumah....mulalah minta macam-macam....puasalah katakan....
Tak pe...selagi dia tak minta yang bukan-bukan...
jadi...hari ni aku mula buka internet cari resepi biskut tu....
emmm -...ok jugalah cara nak membuatnya...tak susahpun...

Bahan-bahan
2 cawan keju-parutkan
90 gm mentega
1/2 cwn susu cair
150 gm tepung serbaguna (tepung gandumlah tu....)
120 gm walnut-cincang halus
2 cmb  serbuk kari dan 2 cmt garam

Caranya
Satukan semua bahan dan gaul rata. Tabur sedikit tepung....bentukkan bulat memanjang
macam bantal golek
simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam
hiris adunan-ikut suka @ 1.25 cm
Bakar pada kepanasan 170C selama 10 minit....
(ha...ha...ha.... tuan rumah pun tak cuba lagi resepi ni....)

Khamis, 4 Ogos 2011

Juadah Ramadan

Antara Juadah yang dapat dihidangkan hari ini :



ZIKIR 1
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Maksudnya : Dengan Nama Allah yang tidak memberi mudharat dengan namaNya sesuatu di bumi dan langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
ZIKIR 2
اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي ، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya : Ya Allah berikanlah kesihatan pada badanku, Ya Allah berikanlah kesihatan pada pendengaranku, Ya Allah berikanlah kesihatan pada penglihatanku, (sesungguhnya) tiada Tuhan melainkan Engkau.
ZIKIR 3
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya : Ya Allah aku berlindung denganMu daripada kekufuran dan kefakiran, Ya Allah aku berlindung denganMu dari azab kubur,(sesungguhnya) tiada Tuhan melainkan Engkau.
ZIKIR 4
يَا حَيُّ يَا قَيُوم بِرحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ أَصْلِحْ لِي شَاْنِي كُلّهُ وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرفَةَ عَينٍ
Maksudnya : Wahai yang Tetap Hidup Yang Kekal memerintah selama-lamanya dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, perbaikilah urusanku kesemuanya, dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata.
ZIKIR 5
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya : Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau
ZIKIR 6
اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءًا أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ
Maksudnya : Ya Allah ! Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu, dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan melainkan Dikau, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dan dari kejahatan syaitan dan sekutunya dan daripada usaha diriku untuk melakukan kejahatan atau lindungilah ia ketempat yang selamat
ZIKIR 7
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا واْلآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي ، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي ، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِيْ وَعَنْ يَمِينِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ وَمِنْ فَوْقِيْ وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ
Maksudnya : Ya Allah ! Aku memohon kepadaMu kesejahteraan di dunia dan di akhirat, Ya Allah aku bermohon kepadaMu keampunan dan kesejahteraan pada agamaku dan duniaku dan keluargaku dan hartaku, Ya Allah ! tutupkan auratku dan amankanlah pada akalku, Ya Allah ! Peliharalah akan daku di antara kedua tanganku, dan dari belakangku dan dari tepi kananku dan kiriku dan dari atasku dan aku berlindung dengan kebesaranMu
ZIKIR 8 (Dibaca waktu pagi)
اللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ أَمْسَيْنَا وَبِكَ نَحْيَا وَبِكَ نَمُوتُ وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
Maksudnya : Ya Allah , DenganMu kami hayati waktu pagi kami dan denganMu kami hayati waktu petang kami dan denganMu kami hidup dan denganMu kami mati dan kepadaMu kami kembali
ZIKIR 9 (Dibaca waktu petang)
اللَّهُمَّ بِكَ أَمْسَيْنَا وَبِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ نَحْيَا وَبِكَ نَمُوتُ وَإِلَيْكَ النُّشُورُ
Maksudnya : Ya Allah denganMu kami hayati petang, dan denganMu kami hayati pagi, dan dengan kekuasaanMu kami akan mati dan kepadaMu kami akan dibangkitkan
ZIKIR 10
أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الإِسْلاَمِ وَعَلَى كَلِمَةِ اْلإِخْلاَصِ وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيْمَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ
Maksudnya : Kami hayati pagi ini di atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimah ikhlas. Dan berpegang kepada agama Nabi kami Muhammad S.a.w yang juga agama ayah kami Ibrahim dengan setulus hati. Dan Ibrahim bukanlah seorang yang musyrik
ZIKIR 11
أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى الْمُلْكُ لِلَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّه لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَسُوءِ الْكِبَرِ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ
Maksudnya : Kami hayati petang kami dan petang yang Kekuasaan bagi Allah, dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa Yang tiada sekutu bagiNya, baginya Kekuasaan dan baginya Kepujian, dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu, Ya Tuhanku ! Aku memohon kepadaMu, kebaikan yang terdapat pada malam ini, dan kebaikan apa yang selepasnya, dan aku berlindung denganMu dari kejahatan yang terhadap pada malam ini dan kejahatan apa yang selepasnya, Tuhanku aku berlindung dengan Engkau daripada kemalasan dan keburukan besar diri, Tuhanku aku berlindung denganMu daripada azab neraka dan azab kubur
ZIKIR 12
أَصْبَحْتُ أُثْنِي عَلَيْكَ حَمْدًا ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله
Maksudnya : Kami hayati pagi kami dengan memuji ke atas Engkau pujian, dan aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
ZIKIR 13
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدهِ
Maksudnya : Maha Suci Allah dan dengan memujiNya
ZIKIR 14
لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ مُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya kepujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu.
ZIKIR 15
سُبحَانَ الله وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Maksudnya : Maha Suci Allah dengan memujiNya sebanyak makluk ciptaanNya serela hatiNya seberat timbangan ArasyNya dan sebanyak tinta KalimahNya
ZIKIR 16
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق
Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang jahat




D i Manakah Iman Kita?

Alhamdulillah....sampai juga kami sekeluarga ke negeri Ramadan 1432 hijrah ini. Walaupun anak sulung tidak dapat menyambut hari pertama Ramadan bersama-sama, kami tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya kami sekeluarga masih bernafas sehingga Ramadan ini. Doa kami sekeluarga semoga Allah mengizinkan kami menghabiskan bulan mulia ini seterusnya meraikan Syawal dengan penuh kesyukuran. Andainya Ramadan ini yang terakhir, moga Ramadan ini terisi dengan seribu kebaikan. InsyaAllah.
Semalam, 3 Ogos/3 Ramadan dapat juga aku berbuka puasa dengan bonda tersayang..semoga Allah mengizinkan pula kami berbuka dengan bonda mertuaku...Alhamdulillah
Sempena Ramadan, terlalu banyak cita-cita untuk merubah diri agar berbeda daripada sebelumnnya..namun tika ramadan hampir membenamkan dirinya.....keinsafan semakin pudar...yang ada hanyalah keghairahan menyambut kemeriahan Syawal yang bakal tiba....hilang zikirullah...., doa-doa dan kalimah-kalimah suci yang membasahi bibir separuh Ramadan .....yang timbul adalah zikir yang boleh menyesakkan nafas dan poket.....YA BISKUT...YA BAJU RAYA...YA RENDANG...YA MERCUN...YA FULUS ...YA BONUS...dapatkah atau tidak, raya ini....YA BONUS...YA IMBUHAN....
Habis Ramadan....hilang semangat merubah diri...kembali ke asal....hanya beribadah tika masuk waktunya...hanya membaca Quran tika malam Jumaat...hanya bertasbih, bertahmid dan beristigfar ketika hati susah dan mengalami kesakitan....mudahnya kita....tunggu lagi kedatangan Ramadan tahun depan...manalah tahu terbuka hati untuk terus beriman ...TUNGGU ...
Aduh...Ya Allah.....bantulah kami untuk terus mendapat nikmat keredhaan dan keimananMu....Kami  adalah insan gagal dalam perjuangan keimanan ini....janganlah Kau biarkan kami dengan keimanan yang nipis ini....jangan Kau tinggalkan kami di atas kealpaan kami ini. Ampunilah kami ya Allah....tunjukilah jalan yang benar....janganlah Kau biarkankan kami dalam iman yang rapuh ini....jangan Kau tinggalkan kami ...jangan Kau tinggalkan kami...amiinnn ya Allah....