Jumaat, 20 Mei 2011

AKU BANGGA JADI CIKGU

Dua puluh tahun menjadi cikgu!!! Kata seorang kawanku (YAHAYA SALLEH), jangan sekali2 mengatakan sudah 21 tahun menjadi guru...tapi katakan baru 21 tahun menjadi guru...
Kenapa??? Itulah istimewanya seorang guru bahasa....jika kita mengatakan SUDAH... bererti kita sudah bosan...tapi jika kita mengatakan BARU, itu bermaksud...kita sangat2 menghargai bidang ini. Terima kasih ENCIK YAHAYA kerana awak telah mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang menghargai bidang perguruan ini.
21 tahun menjadi guru.....8 tahun sebagai guru pemulihan...dan kini kembali ke arus perdana. Aku seperti merasakan kehilangan...bukan bermaksud aku ingin kembali jadi guru pemulihan..(nnt orang kata aku gila talak pulak) tapi...aku  terasa sunyi tanpa anak2 comot yang tak tahu membaca....anak2 naif yang yang memerlukan perhatian daripada seseorang untuk memahami tentang ketidakmampuan mereka...melihat mata mereka yang terkebil-kebil ketika dimarahi olehku tika gagal mencantumkan suku kata...semuanya menjadi kenangan amat2 indah dalam kerjayaku...memang aku rindukan mereka.
Syukurlah aku diletakkan sebagai guru 2 Salam....kelas yang hampir2 sama dengan kelas pemulihan. Rinduku sedikit terubat..
Dan hari ini, setelah 21 menjadi guru...sesuatu yang amat menyentuh perasaanku sebagai seorang guru apabila salah seorang muridku yang termasuk dalam golongan murid yang sukar untuk membaca  telah mengungkapkan ucapan terima kasihnya sambil merenung mata aku dengan sayu. Ucapannya " Terima kasih cikgu kerana ajar saya sampai saya boleh baca".
Afiq memang tidak boleh membaca sebelum ini. Justeru itu, aku sentiasa mencuri2 masa untuk mengajarnya secara individu. Alhamdulillah...walaupun belum boleh membaca dengan lancar, Afiq kini sudah boleh membaca suku kata mudah...sememangnya dia sendiri adalah murid yang rajin...
Afiq...kamu telah mengajar sesuatu kepada cikgu hari ini. Kamu telah menyentuh naluri keibuan cikgu...kamu juga telah mengajar cikgu bahawa pelajar seperti kamu juga ada sesuatu untuk diluahkan. Menitis air mata cikgu bila mengingatkan ungkapan kamu tadi. Cikgu tidak mengharapkan pingat, sijil pujian daripada kementerian atau piala melambangkan cikgu seorang guru yang baik...cukuplah penghargaan daripada kamu.
Terima kasih sayang kerana menghargai cikgu...
Terima kasih cikgu-cikgu yang telah mengajar aku untuk menjadi seorang cikgu....
dan yang paling penting...terima kasih EN. HASSAN BIN MA'AON dan PN.HAJJAH AZIZAH BT OSMAN kerana telah melahirkan seorang guru...
AKU BANGGA JADI CIKGU.......  : )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan