Ahad, 13 November 2011

APA ADA PADA 11.11.11

Alhamdulillah,

Itu ucapan pertama yang dapat diucapkan kerana telah selamat kembali ke Bentong. 11.11.11 memang hari yang sangat bermakna dalam hidup sebahagian daripada kita. Sebenarnya, jangan memuja nombor kerana tiada apa tuah atau malang di sebalik nombor...sama ada cantik ataupun tidak....
Tapi 11.11.11 ada mencatatkan sejarah dalam kehidupan aku.
Tarikh itu adalah tarikh sambutan ulangtahun suamiku HASNAN BIN ABD LATIFF. Kini sudahpun berusia 49 tahun. Sehari sebelumnya, dia telah kehilangan handphone kesayangannya...justeru itu, sebagai hadiah harijadi....aku belikanlah handphone utknya.....syoklah dia...tapi duitku....shhhh kopak...ha6.....takpe....janji aku dapat gembirakan hatinya....   
Belum sempat dia menikmati kegembiraan berhandphone baru...ketika masih di kedai handphone...panggilan telefon  diterima daripada anak saudaraku mengatakan kakakku ROHANA BT HASSAN yang turut menyambut harijadinya  yang ke 53 pada tarikh 11.11.11 juga telah ditimpa kemalangan....
Jadi....11.11.11 tiada yang istimewa dan tiada yang  malang sebenarnya....yang istimewa ialah apabila kita merasakan kegembiraan pada tarikh tersebut...yang malang apabila kita ditimpa sesuatu kecelakaan pada tarikh itu juga.

Teringat pernah terbaca satu artikel yang menyatakan Allah menjadikan musibah sebagai ujian ke atas hamba-Nya. Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155 bermaksud: "Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar." 

Sebenarnya ujian Allah terjadi dalam pelbagai bentuk...kekayaan, kemiskinan, kesusahan, kematian, kecantikan, keburukan, kecerdikan,,kebodohan, bencana alam dan sebagainya. Namun apa yang penting, segala yang diberikan oleh Allah SWT adalah untuk menguji kita samda ada kita bersabar dengan musibah yang melanda atau alpa dengan kesenangan yang kita miliki.

Sesungguhnya Allah tidak mendatangkan musibah kepada kita jika kita tidak mampu menghadapinya. Allah maha pengasih...Tiada seorang pun daripada kalangan orang Islam yang ditimpa musibah, lalu dia melafazkan apa yang diperintahkan oleh Allah (iaitu firman Allah ayat 156, surah al-Baqarah yang bermaksud) "Sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya! Allah berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik." 

Orang yang  sentiasa sabar dan tabah dengan ujian dan dugaan Allah  akan diberikan perlindungan...
Dan untuk kakakku ROHANA BT HASSAN ,Mudah-mudahan hasil daripada kesabaran dan ketabahan,Allah akan memberikan ganjaran pahala dan digantikan harta benda yang rosak dengan harta yang lebih baik...InsyaAllah...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan