( APA PSIKOPAT? )CIRI-CIRI PSIKOPAT
PSIKOPAT??? Sebelum membincangkan apa itu PSIKOPAT, cuba
teliti ciri-ciri yang terdapat pada seseorang psikopat. Teliti dan kaji, kerana
mungkin beberapa ciri yang dinyatakan
nanti ada pada orang yang terdekat dengan kita atau mungkin ada pada diri kita
sendiri.
Robert D. Hare, seorang professor di Kanada memperincikan ciri-ciri
/ karakter seorang psikopat. Antaranya :
Glibness – melakukan tindakan tanpa
berfikir panjang
Grandiosity- Terlalu obsess atau taksub
kepada sesuatu
Lack of guilt – Tidak pernah punya rasa kesal / sering berbohong
dan berpura-pura (pintar berlakon)
Egosentris – Menganggap dirinya hebat
Shallow emotion – emosi yang dangkal/ mudah marah atau baran
Impulsiveness – Impulsif, bertindak berdasarkan gangguan, bukan
fikiran
Lack of responsibility – tidak bertanggungjawab
Antisocial behavior – perilaku antisocial, orang lain seolah-olah
ada masalah, hanya dirinya yang betul
Doktor John Clarke doctor psikologi di Australia pula pernah menulis
sebuah buku bertajuk “ THE POCKET PSYCHO”
menyatakan bahawa penghidap PSIKOPAT
ini ada di mana-mana sahaja. Para PSIKOPAT akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan
kekuasaan, status dan sebagainya. Mereka berusaha keras demi diri mereka
sendiri. Boleh menghancurkan orang lain secara psikologi…
Antara ciri gangguan
peribadi psikopat :
- Menampilkan sikap yang menarik,
cenderung dibuat-buat (pandai berlakon) dan ini membuatkan orang mudah mempercayainya, dan dengan
kepercayaan orang itulah mereka menghancurkan secara psikologi…
- Beranggapan dirinya yang paling
penting dan harus diistimewakan- semuanya berpusat kepada dirinya,
seolah-olah dialah yang paling penting dan betul.
- Memperlihatkan perlakuan yang
impulsive –meledak-ledak dalam mengendalikan emosi, tidak dapat mengawal
emosi secara terurus, marah-marah tidak menentu dan tidak dapat
mengawalnya.
- Sering berbohong, menipu dan
mengkhianati
- Kurang mampu merasai perasaan orang
lain-ala2 biadap…
- Cenderung menyalahkan orang lain atas
apa yang berlaku pada dirinya….
Bagaimana??? Ada
ciri-ciri itu pada anda atau orang yang terdekat dengan anda???
Ok…baca lagi…
Gejala-gejala
PSIKOPAT
Antara gejala-gejala yang ditunjukkan oleh psikopat
1.
Sering
berbohong, fasih dan dangkal- PSIKOPAT sangat bijak berkata-kata, pintar
dalam bicara, tampil dengan pengetahuan yang luas, menggunakan bahasa yang
lembut tapi sebenarnya penuh kepura-puraan, pandai bersastera.
2.
Egosentris –
menganggap dirinya yang paling hebat
3.
Tidak punya rasa
sesal dan rasa bersalah- kadangkala tahu bersalah tetapi tidak peduli.
4.
Senang melakukan
pelanggaran- senang bila dapat menyakiti hati orang lain
5.
Mudah terbit
rasa marah, tidak menimbangkan baik atau buruknya atas apa yang dicakap atau dibuat ketika
marah, hal-hal yang kecil boleh menimbulkan marah yang amat sangat, cepat
menunjukkan kekecewaan walaupun pada hal2 kecil, mudah menyerang orang lain
hanya kerana hal2 yang remeh
6.
Melakukan
hal-hal demi kesenangan sahaja
7.
Manipulatif –
menunjukkan emosi dramatis ( pandai berdrama ) tetapi sebenarnya tidak
bersungguh-sungguh (Cth: konon simpati dgn kesusahan org lain tetapi sebenarnya
tak ada apa2 perasaanpun)
8.
Hidup sebagai
parasit – memanfaatkan orang lain untuk kesenangan dan kepuasan dirinya.
Sebenarnya PSIKOPAT secara
harfiahnya adalah sejenis penyakit jiwa.
PSHYE bererti jiwa, PATHOS ertinya penyakit. Penghidap psikopat dikenali
sebagai sosiopat kerana tingkahlaku
penghidapnya yang antisocial dan merugikan orang yang ada disekitarnya.
Namun, psikopat bukanlah gila kerana seorang psikopat sedar
akan apa perbuatannya berbeza dengan orang gila yang membuat sesuatu tanpa
pertimbangan. Namun ianya adalah sejenis gangguan mental. Psikopat harus
ditangani dengan berhati-hati kerana psikopat boleh memutar belit fakta,
menebar fitnah, pandai berbohong untuk mendapatkan perhatian dan kepuasan serta
keuntungan dirinya. Ini terjadi kerana psikopat sebenarnya boleh terdirI
daripada golongan insan yang terpelajar, bijak, berketrampilan, mempunyai cara
yang menarik perhatian dan tutur katanya amat menyenangkan…pandai berfalsafah…
Percaya atau tidak?
1% daripada populasi manusia di bumi ini adalah penghidap PSIKOPAT…….
Nah….renung-renungkan dan perhatikan orang di sekeliling
anda…sama ada di tempat kerja, dalam kalangan sahabat, saudara mara ataupun
orang yang kita sayangi.
Yang penting untuk pengetahuan anda, psikopat ini boleh
diubati . Cara yang paling berkesan ialah kaunseling. Namun yang menjadi
masalahnya ialah amat mustahil memberi kaunseling kepada PSIKOPAT kerana
seorang psikopat tidak merasa dirinya ada masalah. Apa yang boleh dilakukan
ialah memberi kaunseling kepada orang yang pernah menjadi mangsa psikopat
kerana mangsa menjadi lebih tertekan dengan sikap dan peribadi bercelaru yang
terdapat pada seseorang psikopat. Nak lebih mudah…..JANGAN DEKAT DENGAN
SESEORANG YANG ANDA RASAKAN PSIKOPAT….
Wallahualam….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan