Khamis, 25 Ogos 2011

Masih adakah lelaki yang bergelar suami seperti itu?

Ramadan tinggal beberapa hari saja lagi akan berakhir. Selama itu jugalah dia tiada sebarang masalah. Tetapi 2-3 hari ni, sakitnya kembali kuat. Hendak berjalanpun rasanya tidak larat. Melihat keadaan itu, si suami mula bertandang kebimbangannya. 'Kenapa abang tengok muka berkerut je?' tanya si suami. 'Sakitlah bang...nak jalan sakit sangat...'. Suami memandang sayu ke arah isteri. 'Mari abang isi minyak..' ujarnya dengan penuh kasih sayang sambil menarik kaki si isteri. Dia memang sayang kepada isteri yang telah dikahwininya selama hampir 22 tahun itu. Setahun selepas mereka berkahwin, isterinya dimasukkan ke wad atas sebab sakit yang tidak dapat dikesan. Semenjak itulah dia merawat isterinya dengan penuh kasih sayang. 
Dia tidak pernah peduli dengan apa kata orang lain. Di mulutnya sering terkeluar perkataan 'abang kahwin dengan awak dalam keadaan sihat. Dalam tangan abang, awak sakit...abang tak akan tinggalkan awak sendirian mengharungi kesakitan ini. Biarpun abang tidak merasa sakitnya...tapi abang tak sanggup biarkan awak derita seorang diri.'
Di tempat kerja, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Si isteri menjawab dengan nada perlahan. Di corong telefon terdengar suara si suami 'ada kurang sakit hari ni???' tanyanya dengan penuh kebimbangan. 'Tak...macam tu juga sakitnya..kenapa abang telefon?'  'Saja nak tanya...abang bimbang...' ujar si suami lagi. 2  jam kemudian sekali lagi si suami menelefon...dan masih bertanyakan soalan yang sama. 
Begitulah seterusnya. Tanpa rasa jemu, si suami melayani isteri yang sakit dengan penuh kasih sayang dan kemesraan. Tidak pernah meninggikan suara walau dalam keadaan apa sekalipun. Setiap kali melihat isterinya kesakitan, pastinya dia yang paling bimbang. 
Sering membelai dan merawat isteri dengan penuh kasih sayang dan dimanjakannya. Pernah satu ketika..ketika si isteri sedang bergelut dengan kesakitan yang amat sangat, dia menangis tersedu-sedu kerana merasakan dirinya gagal membantu isterinya. Setiap malam menadah tangan memohon kepada Ilahi agar disembuhkan penyakit si isteri namun masih redha sekiranya Allah masih belum menerima doanya. Pernah jua terucap di bibirnya agar biarlah dia yang menanggung kesakitan itu...bukan isterinya. Anak-anak yang melihat kasih sayang  ayah terhadap ibu merasa kagum. 
Si isteri tidak menyangka begitu hebat kasih suaminya terhadap dirinya..namun itulah kebenarannya....Ya Allah....memang benar Engkau telah menarik nikmat kesihatan daripadaku...tetapi Engkau telah memberikan aku satu nikmat yang sangat besar ya Allah. Syukur ke hadratMu ya Allah...terima kasih ya Allah kerana telah menganugerahkan aku seorang suami yang sangat baik dan mulia hatinya....Aku syukur atas segala rahmatMu, ya Allah....Janganlah Kau tarik balik nikmat yang telah Kau anugerahkan kepadaku ini ya Allah.
Sambil mengalirkan airmatanya si isteri memandang ke arah suami yang lena dibuai mimpi...namun tangannya masih memegang kaki si isteri demi mengurangkan sakit isteri tercinta...
Benarkah  masih ada suami hebat begitu ???
Kalau bertanya kepada saya.....jawapan saya sangat mudah........YA...MASIH ADA...WALAUPUN TIDAK RAMAI TAPI TENTUNYA MASIH ADA...
Di mana ????   CARILAH SENDIRI...KERANA LELAKI SEPERTI ITU MEMANG ADA....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan